Site icon TechNave BM

U Mobile antara syarikat telko paling bertambah baik dalam dunia, menurut laporan antarabangsa

Firma analisis telekomunikasi Opensignal baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-10 dan sempena pencapaian ini, firma itu telah mengeluarkan laporan Global Mobile Network Experience Awards 2020 untuk menilai prestasi syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Penilaian ini terdiri daripada pelbagai kategori, seperti kelajuan muat naik dan turun serta pengalaman menonton video.

Melihat pada kategori Global Rising Stars, U Mobile merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi Malaysia yang disenaraikan dalam bahagian Video Experience (Pengalaman Video), Download Speed Experience (Pengalaman Kelajuan Muat Turun), Upload Speed Experience (Pengalaman Kelajuan Muat Naik) dan 4G Availability (Kelengkapan 4G).

Daripada segi statisik, U Mobile menunjukkan peningkatan 69% dalam Download Speed, 39.2% dalam Video Experience, 18.6% dalam 4G Availability manakala Upload Speed pula mencatatkan peningkatan tertinggi sebanyak 127.8% iaitu daripada 2.5Mbps kepada 5.7Mbps. Sungguh pun dengan peningkatan ini, tiada syarikat Malaysia yang tersenarai dalam kategori tertinggi iaitu Global Winners and Leaders (Pemimpin dan Pemenang Sedunia).

Untuk laporan penuh daripada Opensignal, anda boleh layari laman web ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Opensignal

Exit mobile version