Site icon TechNave BM

U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini akan menyediakan pelanggan dengan pelbagai tawaran U Mobile dan pengalaman digital mudah alih. Selain itu, pelanggan boleh datang ke kedai untuk melanggan mana-mana pelan U Mobile.

Sempena pelancaran kedai yang baharu ini, 250 orang pelanggan pertama yang mendaftar untuk pembelian peranti yang digabungkan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 akan layak mendapat rebat sehingga RM120 serta hadiah-hadiah menarik yang lain.

Promosi ini bermula dari 26 April 2024 dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. U Mobile turut menganjurkan Cara U Sabah Fest selama tiga hari yang menampilkan budaya dan bakat Sabah yang akan berlangsung dari 26 – 28 April 2024 pada pukul 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.u.com.my/CaraUSabah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version