Dua syarikat telekomunikasi tempatan yang ternama, U Mobile dan TIME dotCom, telah menandatangan sebuah kerjasama strategik bagi meluaskan dan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G mereka kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.
Dengan kerjasama ini, U Mobile akan menggunakan jaringan gentian fibre backhaul network yang luas oleh TIME bagi bersiap sedia untuk pengenalan rangkaian 5G yang kedua, menurut model dwi-rangkaian 5G yang dirancang oleh kerajaan. Para pelanggan U Mobile boleh menikmati pengalaman 5G yang pantas, boleh dipercayai dan menyokong kapasiti besar.
Selain memberi manfaat besar kepada para pengguna umum, rangkaian 5G ini juga bakal memainkan peranan penting dalam memastikan automasi dan aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT) dalam pelbagai industri.
Rangkaian TIME telah menerima tiga pengiktirafan daripada MEF 3.0 dan bakal menyediakan keutuhan yang cukup untuk menangani keperluan rangkaian 5G yang tinggi serta menyokong pembangunan ekosistem IoT untuk rumah, kotaraya dan industri pintar.
Selain itu, U Mobile kini menggunakan infrastruktur gentian TIME bagi meluaskan liputan U Home Fibre kepada lebih 1 juta kediaman, terutamanya buat mereka yang menetap di bangunan-bangunan tinggi di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

