Site icon TechNave BM

U Mobile dianugerahkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik Malaysia buat kali ketiga

Terkini, U Mobile telah dianugerahkan sebagai Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik melalui Anugerah Amalan Terbaik Frost and Sullivan Asia Pasifik 2020. Lebih membanggakan, anugerah ini ialah anugerah kali ketiga untuk syarikat telekomunikasi itu.

Tidak terhenti di situ, U Mobile juga diiktiraf dalam Pengalaman Pelanggan yang Cemerlang untuk Industri Telekomunikasi 2020 di bawah kategori Pengalaman Keseluruhan, Pengalaman Mudah Alih, Pengalaman Dalam Talian, Pengalaman Pusat Perhubungan dan Pengedar.

Ketua Pengarah Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck meluahkan kegembiraannya dan menghargai anugerah ini. Tambah beliau, U Mobile akan terus bekerja keras untuk menjadi setaraf dengan telco lain yang telah lama bermula. Beliau juga menyatakan bahawa anugerah ini tidak akan tercapai jika bukan disebabkan oleh sokongan pelanggan, pihak berkepentingan dan seluruh keluarga U Mobile.

Adakah anda salah seorang pengguna U Mobile? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version