Site icon TechNave BM

U Mobile lancar pelan Giler Unlimited dengan menawarkan data 4G berkelajuan tinggi tanpa had

Syarikat telekomunikasi U Mobile melancarkan pelan Giler Unlimited iaitu GX68 untuk pascabayar dan GX38 untuk prabayar dengan menawarkan nilai yang tiada tandingan!

Dengan pelan pascabayar GX68 yang baharu, pelanggan akan menikmati data 4G berkelajuan tinggi tanpa had yang boleh dinikmati bila-bila masa, di mana-mana tanpa sekatan pada kelajuan mereka. Ia juga dilengkapi dengan panggilan tanpa had dan 5GB hotspot. Bagi GX38 pula, ia juga menawarkan data tanpa had kepada pelanggan. Kedua-dua pelan prabayar ini ditawarkan kepada semua pengguna data U Mobile.

Dari segi kelajuan, data tanpa had yang ditawarkan oleh GX38 adalah pada 6mbps dimana 2x lebih cepat daripada GX30. Bagi mereka yang memerlukan kelajuan lebih cepat pada GX38 dan GX30, mereka boleh menambah pada Data Booster 5 untuk RM5 memberikan mereka data berkelajuan tinggi 10GB lebih dari 14 hari. GX38 juga menawarkan hotspot 3GB memberi pelanggan pengalaman yang lebih hebat untuk aliran, permainan game atau media sosial.

Untuk pakej GX68 ianya berharga RM68 manakala GX30 pada harga RM38 untuk setiap bulan. Pelanggan yang mendaftar untuk GX68 semasa tempoh promosi hanya akan membayar yuran akses bulanan sebanyak RM58 sepanjang hayat, sementara mereka yang mendaftar untuk GX38 hanya akan membayar RM35 semasa tempoh promosi.

Promosi ini bermula pada 13 Februari 2020 dan sah untuk masa yang terhad sahaja. Kedua-dua pelan Giler Unlimited boleh didapati di semua kedai U Mobile di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.u.com.my.

Adakah anda pengguna U Mobile dan berminat untuk dapatkan pelan penawaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version