Site icon TechNave BM

U Mobile lancarkan pelan 5G khas untuk Borneo, bermula RM15 untuk data 5G 2TB

U Mobile kini meluaskan rangkaian dan meningkatkan tumpuannya ke Malaysia Timur dengan melancarkan rangkaian pelan prabayar dan pascabayar 5G yang baharu untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan. U Mobile telah memperkenalkan pilihan pelan U Postpaid Borneo 38, U Postpaid Borneo 68 dan U Prepaid Borneo 20.

Pelan U Postpaid Borneo 38 kini ditawarkan pada harga promosi serendah RM28 sebulan dengan data 5G/4G dan hotspot tanpa had serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih tempatan. U Prepaid Borneo 20 pula ditawarkan pada harga promosi serendah RM15 untuk data 5G sebanyak 2000GB dan data 4G sebanyak 120GB tanpa sebarang sekatan kelajuan.

Pelanggan juga akan dapat menikmati hotspot dan panggilan tanpa had. Bagi pelanggan yang sedang mencari telefon 5G terkini, mereka boleh menggabungkan pembeliannya dengan U Postpaid Borneo 68. Pelan yang berharga RM68 sebulan ini menawarkan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had.

Tambahan, para pelanggan U Postpaid Borneo 68 juga akan mendapat data sebanyak 200GB sebulan bagi perantauan di tiga buah negara iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand. Selain daripada pelan mudah alih serba baharu ini, U Mobile juga menawarkan U Home 5G, sebuah pelan jalur lebar untuk kediaman.

U Home 5G akan ditawarkan pada harga promosi RM68/bulan (harga asal RM78/bulan). Untuk maklumat lanjut tentang penawaran U Mobile yang terkini di Malaysia Timur, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version