Site icon TechNave BM

U Mobile lancarkan pelan U Postpaid baharu, tawarkan data internet mudah alih sehingga 1TB

Hari ini, U Mobile memperkenalkan dua pelan pascabayar baharu iaitu U Postpaid 98 dan U Postpaid 68 sebagai keluarga baharu bagi U Postpaid 38 yang dilancarkan sebelum ini. Selain mempromosikan rangkaian 5G, U Postpaid 98 merupakan pelan pascabayar pertama dalam industri yang menawarkan 1000GB (1TB) data internet mudah alih berkelajuan tinggi untuk pasaran Malaysia.

Pelan U Postpaid 98 berharga RM98 sebulan dan ia boleh dikongsi bersama enam ahli keluarga pada harga RM38 untuk setiap nombor. Ia menawarkan panggilan tanpa had dan peranti 5G baharu secara ansuran dengan faedah bulanan 0% melalui U PayLater U Mobile atau U SaveMore. Sementara itu, U Postpaid 68 berharga RM68 sebulan dengan data 100GB dan rangkaian 5G.

Kedua-dua pelan pascabayar menawarkan 15GB data bulanan perayauan (roaming) secara percuma di 63 destinasi seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Korea Selatan, Portugal, Turki, Thailand dan Singapura. Selain data perayauan percuma, pelanggan juga boleh menikmati panggilan masuk percuma dari mana-mana 63 destinasi apabila berada di luar negara.

Sementara itu, Ketua Penjenamaan Korporat dan Komunikasi, Tiffany Chew berkata bahawa mereka masih tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pelancaran 5G kerana ia bukan terpulang kepada syarikat untuk membuat keputusan.

Ketahui lebih lanjut tentang U Pascabayar, himpunan peranti 5G dan U FamilyShare yang baharu pada pautan di bawah:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version