Site icon TechNave BM

U Mobile menambah baik perkhidmatan untuk pelan prabayar GX30 dan GX38 bermula 12 Jun

U Mobile telah mengumumkan bahawa kelajuan internet untuk pelan prabayar GX30 akan dinaikkan daripada 3Mbps kepada 6Mbps dan data hotspot pula dinaikkan daripada 3GB kepada 6GB. Untuk pelan GX38 pula, data hotspot turut dinaikkan kepada 6GB manakala kelajuan internet dikekalkan pada 6Mbps.

Perbaharuan dalam kedua-dua pelan ini akan bermula pada hari esok, 12 Jun. Selain itu, jika anda memerlukan kelajuan internet yang lebih laju, pelan Data Booster 5 boleh dibeli pada harga RM5 yang akan menaikkan kelajuan internet kepada 10Mbps selama 14 hari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan prabayar di atas, layari laman web rasmi U Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda adalah pelanggan pelan GX30 atau GX38 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version