Site icon TechNave BM

U Mobile menawarkan telefon 4G VoLTE berharga RM0.99 sahaja

Sempena Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi, U Mobile menawarkan pelanggannya pakej istimewa telefon 4G VoLTE dengan harga RM0.99 sahaja. Tawaran ini bermula hari ini (18 Ogos) dan tamat pada 16 September 2021.

Pelanggan U Mobile yang baru dan sedia ada layak untuk membeli atau menaik taraf telefon mereka kepada telefon yang mempunyai sambungan 4G VoLTE dengan harga RM0.99 sahaja. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat melalui program Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.

Memandangkan rangkaian 3G di Malaysia akan ditamatkan menjelang akhir tahun ini, syarikat U Mobile menyatakan bahawa ini adalah masa yang tepat bagi pelanggannya untuk menaik taraf telefon mereka kepada 4G VoLTE serta menikmati pengalaman panggilan dan internet tanpa had.

Selain itu, dengan hanya membayar RM0.99 sahaja, pelanggan U Mobile yang menerima tawaran ini dapat menikmati panggilan berkualiti HD, sambungan panggilan yang lebih pantas dan juga kemampuan untuk kekal dalam kelajuan 4G walaupun ketika membuat panggilan.

Syarat untuk mendapatkan tawaran ini adalah pelanggan U Mobile yang baru atau sedia ada perlu melanggan pelan pascabayar Unlimited HERO P79, P99, P139 atau Giler Unlimited GX68. Layari laman web U Mobile untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version