Site icon TechNave BM

U Mobile mungkin dalam pembangunan tawarkan rangkaian 5G berkelajuan “Turbo”

Baru-baru ini, U Mobile dilihat telah mendedahkan poster promosi yang berkemungkinan mengenai rangkaian 5G mereka sendiri. U Mobile mengatakan pengguna boleh menikmati rangkaian berkelajuan “Turbo” di tiga lokasi terawal iaitu Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Malangnya, halaman tersebut kini tidak dapat lagi diakses tetapi anda masih boleh melihat peta liputan untuk menyemak kawasan anda. Seperti gambar di bawah, liputan 5G masih tidak kelihatan.

Pada mulanya, terdapat laporan bahawa Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah menolak cadangan Digi dan U Mobile mengenai pegangan kawalan utama Digital Nasional Berhad (DNB). Laporan Reuters mengatakan bahawa kedua-dua syarikat telekomunikasi itu mencadangkan 51% pegangan kawalan, namun dengan maklumat baharu ini, berkemungkinan perkara tersebut tidak akan berlaku.

Kerajaan turut memberi masa sehingga 30 Jun untuk syarikat-syarikat telekomunikasi menandatangani perjanjian bersama DNB. Sekiranya perjanjian dipersetujui, U Mobile akan menjadi antara syarikat telekomunikasi terbesar yang menawarkan rangkaian 5G.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version