Site icon TechNave BM

U Mobile pamer kebolehan 5G untuk VR dan teleperubatan

Pada hari minggu lalu, syarikat telekomunikasi U Mobile telah mendemonstrasi potensi 5G untuk digunakan dalam teleperubatan dan realiti maya (VR) di Langkawi, Kedah. Dengan kelajuan 1.2 gbps, U Mobile mempamerkan implementasi 5G dalam konsultasi perubatan, permainan video VR multi-pemain dan pelancongan VR.

U Mobile menggunakan MEDCOM, sebuah peranti teleperubatan yang membolehkan doktor untuk memeriksa pesakit dari jauh. Dengan kepantasan 5G, doktor mampu memberi nasihat yang berkualiti tinggi dalam masa yang serentak (real time).

Badan eksekutif U Mobile bersama wakil-wakil dari Hospital Sultanah Maliha bergambar di ruang pameran yang mendemonstrasi implementasi 5G dalam teleperubatan MEDCOM.

Implementasi VR dalam industri pelancongan pula membolehkan para pengguna untuk merasakan seperti mereka berada di tempat yang lain tanpa perlu berjalan jauh. 

Teknologi VR yang dihasilkan dalam peranti HTV Vive juga meningkatkan pengalaman bermain permainan video VR multi-pemain, apabila 5G mengecilkan lag dan memberi kualiti gambar dan audio yang lebih jelas.

Adakah anda teruja dengan teknologi 5G pada masa akan datang? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version