Site icon TechNave BM

U Mobile tawar data khas SPM, STPM kepada pelajar institusi tinggi juga, 15GB RM20 sebulan

Terkini, U Mobile telah mengumumkan perluasan pakej data khas untuk pelajar SPM dan STPM. Pakej yang dahulunya hanya boleh dilanggan oleh pelajar SPM dan STPM kini turut boleh dilanggan oleh pelajar dalam institusi tinggi.

Sepintas lalu, pakej khas ini menawarkan data internet berkelajuan tinggi 15GB, hanya berharga RM20 sebulan (30 hari). Dengan perluasan pakej data khas ini, pelajar yang lahir di antara tahun 1999 hingga 2004 layak untuk melanggan pakej data khas ini. Pengguna boleh melanggan melalui aplikasi MyUMobile atau mendail *118*3*12*2#.

Semak di laman rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut mengenai pakej khas ini.

Untuk pengetahuan anda, penawaran data ini adalah selari dengan usaha kerajaan di bawah Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Penawaran 1GB percuma setiap hari juga dilanjutkan hingga 20 April 2021. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version