Site icon TechNave BM

Ubisoft tawarkan pelbagai ‘game’ percuma sepanjang bulan April

Selari dengan seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan gamers untuk kekal berhubung bersama orang tersayang dengan bermain game secara dalam talian, Ubisoft menganjurkan sebuah inisiatif khas untuk bulan ini. Syarikat game dari Perancis itu menawarkan pelbagai game percuma dan diskaun khas sewaktu ramai gamers berada di dalam rumah sepanjang wabak ini berlarutan.

Sebagai permulaan, game Rayman Legends, Rabbids Coding dan Might & Magic: Chess Royale sedang diberikan secara percuma daripada 31 Mac sehingga 3 April. Gamers juga diberi peluang untuk mencuba Ghost Recon: Breakpoint, Trials Rising, The Crew 2 dan The Division buat sementara tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sepanjang bulan ini, tawaran istimewa yang diberikan oleh Ubisoft akan berubah dan termasuk francais game yang diminati ramai seperti Assassin’s Creed, Just Dance dan banyak lagi. Layari laman web Ubisoft Free Events dari semasa ke semasa untuk melihat tawaran game terkini oleh Ubisoft.

Adakah anda sudah pun mendapatkan game Rayman Legends anda secara percuma? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ubisoft News

Exit mobile version