Site icon TechNave BM

UGREEN lancarkan pengecas Nexode RG 65W, miliki skrin pintar untuk info pengecasan

UGREEN telah melancarkan Nexode RG 65W iaitu pengecas dengan reka bentuk robot unik dan mempunyai berbilang port. Ia dilengkapi cip GaNFast yang mampu mengecas tiga kali ganda lebih pantas daripada pengecas tradisional yang berasaskan silikon.

Sebagai contoh, pengecasan iPhone daripada 0% kepada 60% hanya dalam masa 30 minit. Selain itu, pengecasan MacBook Air terbaharu daripada 0-70% hanya dalam masa sejam. Ia dilengkapi dengan 3 port untuk membolehkan pengecasan berbilang peranti secara serentak. 

Ia hadir dengan skrin pintar mini LED yang memaparkan status pengecasan masa nyata. Paparan akan memaparkan pelbagai ekspresi muka untuk memahami tahap cas. Dengan senyuman bermakna bateri peranti dicas penuh. 

Pengecas ini boleh berfungsi dengan pelbagai jenis peranti dan protokol pengecasan termasuk PD/QC/SCP/FAC/AFC. Sistem Pengawal Terma terbina dalam Ugreen akan memantau tahap suhu dalam masa nyata untuk mengelakkan peranti daripada terlalu panas, mengecas berlebihan atau menggunakan arus yang berlebihan.

Sementara itu, badan pengecas Nexode RG adalah kalis api yang menambahkan lagi keselamatan daripada punca atau kerosakan akibat kebakaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pengecas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version