Site icon TechNave BM

Ujian DXOMARK: Kamera HUAWEI Mate40 Pro terbaik dalam carta

Seperti biasa, DXOMARK akan memaparkan keputusan ujian kamera atau audio selepas pelancaran sesebuah telefon pintar. Sejurus selepas pelancaran siri HUAWEI Mate40, DXOMARK telah memaparkan keputusan ujian kamera untuk HUAWEI Mate40 Pro. Peranti tersebut kini mengungguli carta dengan menduduki tempat pertama dari segi kamera!

Menurut ujian tersebut, julat dinamik adalah perkara yang besar menyumbang kepada kedudukan tertinggi ini. Julat dinamik bermana kamera peranti ini mampu menghasilkan gambar yang baik tidak mengira tahap pencahayaan (walaupun dalam keadaan kurang cahaya). Gambar yang dihasilkan mempunyai keseimbangan tekstur dan hingar yang baik.

Antara kriteria utama lain adalah dari segi video. Rakaman 4K dari HUAWEI Mate40 Pro menunjukkan butiran baik dan tahap hingar yang rendah dalam setiap keadaan. Fungsi penstabilannya juga membuatkan rakaman kelihatan sangat lancar dan stabil.

Anda boleh melihat ulasan ujian kamera secara keseluruhan disini. Secara ringkasnya, kamera HUAWEI Mate40 Pro memberi hasil tangkapan yang baik terutama dari segi exposure, warna, autofokus, telefoto dan rakaman video. Sepintas lalu, HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi kamera utama 50MP + 20MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto (5x Periskop).

Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi siri HUAWEI Mate40 yang lain.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DXOMARK

Exit mobile version