Site icon TechNave BM

Ujian ketahanan bateri dedahkan iPhone 13 mini lebih baik daripada iPhone SE 2022

Apple tidak mengubah reka bentuk iPhone SE 2022. Kapasiti bateri di dalamnya telah meningkat sedikit berbanding versi sebelumnya tetapi ia seperti tidak mengubah apa-apa. Hasilnya, iPhone 13 mini berjaya memenangi ujian ketahanan bateri walaupun peranti ini beroperasi menggunakan cipset A15 Bionic yang sama.

Dalam ujian tersebut, YouTuber Brandon Butch menggunakan iPhone 13, iPhone 12 dan iPhone XR. iPhone 13 mini mempunyai resolusi skrin yang lebih tinggi daripada iPhone SE 2022. Namun, hasil ujian mendedahkan bahawa iPhone SE 2022 tahan hanya 5 jam dan 16 minit manakala iPhone 13 mini bertahan selama 5 jam dan 55 minit.

Butch berkata aplikasi kamera pada iPhone SE 2022 telah menjejaskan hayat bateri. Harus diingat bahawa kapasiti bateri peranti ini berbeza yang memainkan peranan utama dalam penghasilan keputusan ujian.

Apple baru-baru ini melancarkan generasi ketiga iPhone SE yang menampilkan cipset A15 dengan sambungan 5G terkini serta hayat bateri yang lebih baik, kamera yang dipertingkatkan dan kaca yang lebih kukuh sebagai ciri utama. Ianya juga dilengkapi lebih banyak RAM berbanding model sebelumnya walaupun Apple tidak menekankan perkara ini.

Menurut portal terkenal MacRumors, dengan bantuan pembangun Moritz Sterneman, iPhone SE baharu hadir dengan RAM 4GB di mana iPhone SE 2020 dilengkapi hanya RAM 3GB. Maklumat itu diperoleh daripada Xcode 13.3 IDE yang belum didedahkan kepada umum.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version