Site icon TechNave BM

Ujian penanda aras AnTuTu sahkan kewujudan Snapdragon 865+ dalam Lenovo Legion

Telefon pintar Lenovo Legion bakal dilancarkan tidak lama lagi dan kini perkhidmatan penanda aras (benchmark) telefon pintar AnTuTu telah menunjukkan markahnya untuk telefon gaming daripada Legion itu.

Daripada nombor model L79031, Lenovo Legion mendapat markah sebanyak 648,871, membuatkannya markah tertinggi dalam AnTuTu. Untuk makluman, markah tertinggi yang pernah dicapai dalam AnTuTu sebelum ini adalah 608,049 daripada OPPO Find X2 Pro. Markah yang tinggi daripada Lenovo Legion ini mengesahkan kehadiran cipset Snapdragon 865+ yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Markah AnTuTu untuk Lenovo Legion.
Markah tertinggi AnTuTu setakat Jun 2020.

Cipset Snapdragon 865+ bakal dilengkapi GPU Adreno 650, di samping lapan teras system-on-chip (SoC) yang terdiri daripada 3.09GHz Kryo 585 Prime CPU (1x), 2.42GHz Kryo 585 Gold (3x) dan 1.8GHz Kryo 585 Silver CPU (4x). Selain itu, senarai AnTuTu juga mendedahkan bahawa Lenovo Legion mungkin akan dilengkapi RAM 16GB, storan UFS 3.1 512GB dan skrin 144Hz.

Lenovo Legion tentunya adalah antara telefon yang paling dinanti pada bulan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version