Site icon TechNave BM

Ujian penanda aras Exynos 2200 muncul buat pertama kali

Samsung baru sahaja melancarkan cipset untuk telefon andalan iaitu Exynos 2200 untuk 2022 dan MySmartPrice mempunyai markah penanda aras pertama daripadanya. Dilaporkan, keputusan ini mungkin diambil menggunakan Galaxy S22 Ultra.

Dalam Geekbench 5, peranti ini memaparkan 1108 skor teras tunggal dan 3516 berbilang teras yang hampir sama prestasi dengan Exynos 2100. Dalam AnTuTu 9.0, peranti itu memperoleh 965,874 mata yang merupakan peningkatan sebesar 46% berbanding Exynos 2100.

Dalam ujian GFXBench Aztec Ruins (Normal), cipset Exynos 2200 mendapat 109fps. Itu tidak begitu mengagumkan jika kita bandingkan hasil penanda aras Snapdragon 8 Gen 1 daripada Xiaomi 12. Malah, skor GPU GFXBench itu lebih rendah daripada Snapdragon 888 tahun lepas.

Terdapat beberapa perkara yang harus pertimbangkan. Yang pertama, ini adalah markah awal dan prestasi sebenar cipset yang dilancarkan nanti mungkin berbeza. Kedua, tiada tangkapan skrin untuk mengesahkan keputusan sepenuhnya. Kekurangan markah yang diperoleh CPU kelihatan sangat ganjil memandangkan ianya menggunakan seni bina CPU baharu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version