Site icon TechNave BM

UK haramkan staf kerajaan muat turun TikTok, bimbang keselamatan terancam

Pihak berkuasa Britain berkata bahawa mereka melarang aplikasi TikTok daripada telefon kakitangan kerajaan atas alasan keselamatan berikutan langkah yang sama dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Larangan ini sebagai langkah berjaga-jaga dan berkata ia tidak terpakai kepada telefon dan peranti peribadi.

United Kingdom (UK) melihat risiko tertentu untuk peranti kerajaan yang mungkin mengandungi maklumat sensitif terutamanya apabila ia berkaitan dengan aplikasi di mana sejumlah besar data boleh disimpan dan diakses. Bulan lalu, kerajaan A.S. memberitahu penjawat awam perlu memadamkan TikTok daripada semua peranti rasmi kerajaan.

Kesatuan Eropah, Belgium dan lain-lain juga telah membuat larangan sementara aplikasi TikTok daripada telefon pekerja. Pergerakan itu didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat bahawa syarikat induk TikTok, ByteDance, akan memberikan data pengguna seperti sejarah pelayaran dan lokasi kepada kerajaan China.

TikTok menegaskan bahawa kebimbangan sedemikian adalah berdasarkan maklumat yang salah dan berkata ia sedang mengambil langkah untuk meningkatkan perlindungan data pengguna dari U.K. dan Eropah.

China menuduh Amerika Syarikat kerana menyebarkan maklumat salah dan menyekat TikTok berikutan laporan bahawa pentadbiran Biden menyeru pemilik TikTok untuk menjual kepentingan mereka dalam aplikasi popular itu.

Tahun lalu, Parlimen Britain menutup akaun TikToknya yang bertujuan untuk menjangkau khalayak yang lebih muda. Namun, hanya beberapa hari selepas pelancarannya, penggubal undang-undang membangkitkan kebimbangan keselamatn.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version