Site icon TechNave BM

UK menilai semula penggunaan produk Huawei dalam infrastruktur 5G

Huawei merupakan salah satu peneraju utama teknologi 5G dan pelbagai negara sudah merancang untuk menggunakan produknya dalam membangunkan infrastruktur 5G mereka. Salah satu negara tersebut adalah United Kingdom (UK) namun negara itu kini sedang menilai semula penggunaan produk Huawei berikutan isu-isu keselamatan.

Menurut sumber, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) UK telah menasihati Perdana Menteri UK Boris Johnson dan beliau mungkin akan menggariskan beberapa polisi baru untuk Huawei. Laporan GCHQ juga mengatakan bahawa teknologi Huawei adalah “untrusted” (meragukan).

Polisi baru ini mungkin akan menghalang penggunaan produk Huawei secepat enam bulan daripada sekarang dan akan mempercepatkan lagi penghentian penggunaan produk Huawei sedia ada dalam infrastruktur 5G UK. Sementara itu, Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (National Cyber Security Centre) UK akan menyediakan laporan berkenaan situasi ini.

Adakah ini langkah yang tepat atau sebuah tindak balas yang keterlaluan? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Guardian

Exit mobile version