Site icon TechNave BM

Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada: Tawarkan baucar, diskaun dan peraduan menarik

Sempena ulang tahun Lazada yang ke-10, pelbagai acara dan aktiviti sepanjang tahun untuk rakyat Malaysia seperti Time Machine peribadi.  Pengguna boleh berkongsi profil #MyLazadaTimeMachine di saluran media sosial masing-masing. Saluran LazLive Lazada akan menyiarkan rancangan penstriman langsung tanpa henti selama 10 jam pada tengah malam 27 Mac nanti. 

Parti Penstriman Langsung Ulang Tahun Ke-10 Epik Lazada akan diadakan pada 26 Mac dari 2 petang hingga 12 malam dengan lebih 100 tawaran eksklusif untuk dimenangi dan baucar-baucar bernilai RM80,000 dan Kotak Kejutan Ulang Tahun Epik istimewa. Di samping itu, Lazada juga akan melancarkan peraduan media sosial #ShareYourEpic (KongsiEpikAnda) di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. 

Para pengguna di Malaysia boleh menyertai peraduan #MYEPICLazadaBday dengan berkongsi video di Instagram Reels atau TikTok yang memaparkan tangkapan paparan troli beli-belah Lazada secara kreatif dari sekarang hingga 22 Mac untuk menjadi salah seorang daripada 20 pemenang bertuah yang bernilai sehingga RM10,000. Seorang daripada 20 pemenang dari Malaysia akan dipilih untuk memasuki pusingan kedua peraduan pada bulan April, dan berpeluang memenangi hadiah utama beli-belah sakan Lazada bernilai USD10,000.

Pelanggan boleh mengumpulkan LazCoins untuk menebus ganjaran dan menikmati penjimatan dari 14 hingga 26 Mac. Pelangaan Lazada akan menerima ganjaran pulangan tunai berbentuk 500 LazCoins apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di Lazada. Di samping itu, dari 27 hingga 29 Mac, Lazada menawarkan ganjaran pulangan tunai 50% LazCoins tanpa sebarang perbelanjaan minimum untuk semua pelanggan Lazada.

Lazzie Hunt turut kembali termasuk Lazzie BID yang membolehkan orang ramai menukarkan Lazzie yang dikumpulkan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Xiao Mi, Dibea, Tineco dan banyak lagi mulai 21 Mac hingga 10 Mei. Lazzie yang dikumpulkan boleh ditebus untuk mendapat pelbagai baucar, rebat dompet, LazCoins dan sebagainya. Anda juga boleh klik di sini untuk menebus Lazzie pada 21 Mac ini. Lazzie juga akan muncul sebagai seorang pembuat kek dalam permainan terbaharu Lazada, Lazzie Star – Cake Master dari 16 hingga 29 Mac. 

Pelbagai ganjaran Lazada Bonus dan penghantaran percuma yang disediakan di pada 21 dan 27 Mac. 50,000 baucar penghantaran percuma setiap hari dan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400 dengan potongan sebanyak RM10 bagi setiap RM100 dari 27 hingga 29 Mac dan boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.

Platfrom e-Dagang tersebut membawa tawaran menarik menerusi Super Flash Sale dan juga Crazy Flash Sale serendah RM0.10. Pada 27 Mac dari jam 12 malam hingga 2 pagi, LazMall menawarkan Crazy Brand Mega Offers dengan potongan sehingga 70% untuk tempoh terhad. Jenama-jenama yang mengikut serta seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips dan banyak lagi.

Chup Dulu berfungsi sebagai pra-tempahan produk daripada jenama LazMall terkenal seperti Estée Lauder, Chicco, Dettol, Nespresso dan Hasbro dengan membayar deposit 10% yang tidak boleh dipulangkan dari sekarang sehingga 26 Mac. Anda boleh membuat bayaran penuh pada 27 Mac mulai jam 2 pagi. 

Pembeli juga boleh mencuba teknologi Virtual Try-On berasaskan AR (Realiti Terimbuh) dan AI (Kecerdasan Buatan) apabila mereka membuat pembelian di gedung-gedung utama jenama seperti Bobbi Brown, Estée Lauder dan M.A.C. di LazMall. Lazada juga meraikan kejayaan 18 penjual wanita cemerlang di acara tahunan Anugerah Wanita Terulung Lazada kedua sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version