Site icon TechNave BM

Ulasan ASUS ROG Phone 3 – Prestasi lebih padu, kekal raja peranti ‘gaming’!

Setiap pengguna mempunyai keperluan berlainan dalam menggunakan telefon pintar. Biasanya, keperluan yang paling popular adalah ketahanan bateri, prestasi atau kamera, namun terdapat golongan yang menumpukan kepada game mudah alih. Sebenarnya, peranti mudah alih e-sukan lahir daripada keperluan golongan ini. Salah satu dari peranti mudah alih e-sukan adalah siri ROG Phone dari ASUS ROG!

Siri peranti ini kini hadir dengan generasi ketiganya pada tahun 2020. Oleh itu, kami akan mengulas mengenai ASUS ROG Phone 3 baharu ini! Bagaimanakah prestasi peranti ini? Baca ulasan di bawah!

Berkenaan paras rupanya, reka bentuk ROG Phone 3 adalah agak berbeza berbanding kedua-dua generasi sebelumnya. Rekaan belakangnya tidak lagi hadir dengan pelindung belakang kelabu bersama plat tembaga untuk pelesapan haba yang ‘bocor’. Kini, ASUS menggunakan pelindung belakang kaca. Di bahagian atas pelindung terdapat lubang kecil seperti lubang pelesapan haba. Logo bercahaya ROG RGB masih boleh dilihat walau dengan pemasangan pelindung. Sebagai tambahan, logo bercahaya boleh digunakan sebagai isyarat notifikasi.

ROG Phone 3 mempunyai skrin 6.6 inci dengan bingkai halus pada bahagian atas dan bawah. Satu bingkai adalah untuk mengekalkan kedudukan dua pembesar suara stereo, dan satu lagi adalah untuk mengurangkan kecenderungan pemain menyentuh skrin secara tidak sengaja. Sebagai tambahan, saiz badan dan ketebalan ROG Phone 3 tidak boleh diklasifikasikan sebagai ringan dan nipis. Hal ini kerana ia perlu menampung sistem pelesapan haba, komponen tambahan terbina dalam seperti Air Triggers dan lampu RGB. Namun, badan yang perkasa ini mempunyai dua kelemahan iaitu; modul kamera yang sedikit terbonjol, dengan ketiadaan bicu audio 3.5mm.

Bingkai di bahagian bawah dan atas membantu mengurangkan sentuhan yang tidak disengajakan, juga bertindak sebagai perumah untuk pembesar suara stereo
Kipas ROG Phone 3 semakin besar
Bicu audio 3.5mm pada Aero Active Cooler 3
Cara pemasangan yang sama seperti dua generasi sebelumnya
Skrin akan terpapar dengan mod ‘landscape’ semasa kipas dipasang, walaupun skrin dikunci
Aero Active Cooler 3 kali ini memberi tongkat tersendiri (stand)

Apa pun, pengguna yang ingin menggunakan bicu audio 3.5mm tidak perlu bimbang. Aksesori kipas yang bersambung dengan ROG Phone 3 masih mempunyai bicu audio 3.5mm di bawah, membenarkan pengguna untuk menyambungnya kepada fon kepala/fon telinga berwayar semasa bermain game melalui aksesori kipas. Lain-lain aksesori ROG Phone 3 termasuklah kerangka peranti (case) dan pengecas 30W PD.

Berkenaan perkakasnya, ROG Phone 3 boleh dikatakan hadir dengan konfigurasi yang mengujakan; pemproses Snapdragon 865, LPDDR5 RAM sehingga 16GB, storan UFS 3.1 sehingga 512GB, skrin OLED 6.6 inci FHD+ 144Hz dan bateri besar 6000mAh. Berkenaan pengecasan, ROG Phone 3 hadir dengan pengecasan pantas 30W PD yang boleh mengecas dari 0% hingga 75% dalam masa 45 minit, sangat pantas!

Snapdragon 865+, RAM 16GB, ROM 512GB
Ubah suai tetapan kadar ‘frame’
Mod game eksklusif Armoury Crate
Pengguna boleh ubah suai tetapan game mengikut citarasa

Skrin 144Hz ROG Phone 3 boleh dikatakan sebagai spesifikasi paling menarik, memberi pengalaman lebih lancar. Dalam game, terdapat kadar persampelan (sampling rate) 270Hz yang membuatkan game bakal berjalan sangat lancar. Namun, anda masih boleh memilih tetapan 60Hz, 90Hz dan 120Hz. Tetapan auto membenarkan pengguna untuk memilih kadar frame pada skrin mengikut keperluan.

Berkenaan ciri eksklusif pada ROG Phone 3 AirTrigger 3, kami sangat menyukainya kerana pada kali ini terdapat pelbagai ciri menarik untuk mengoptimumkan pengalaman gaming. Selain dinaik taraf, penggunaannya juga kini lebih banyak memberi kemudahan. Pertama sekali, selain fungsi butang sentuhan klasik, AirTrigger kini menambah fungsi gelongsoran (sliding), kekunci gelongsoran dan kombo. Apa yang paling praktikal adalah AirTrigger 3 menyokong satu blok dengan konfigurasi dua kekunci, menjumlahkan empat kekunci + gelongsoran dan operasi lain yang bakal memudahkan pengoperasian menggunakan jari semasa gaming.

Tambahan pula, terdapat fungsi anti salah sentuh (Anti-false touch) pada AirTrigger untuk mengelakkan operasi jari yang salah. Namun, kami merasakan fungsi ini membuatkan kami lebih susah untuk menekan kekunci, jadi kami tidak mengaktifkan fungsi ini.

Biasanya kami tidak mengaktifkan Finger Resting kerana ia akan mengaktifkan fungsi Anti-false touch
Masih tidak biasa menggunakan fungsi Anti-false touch
Mudah digunakan
Kekunci gelongsoran boleh ditetapkan untuk mengaktifkan fungsi tambahan dalam game

Berkenaan prestasi sebagai peranti yang popular, markah prestasi ROG Phone 3 sememangnya tidak mengecewakan. Melalui GeekBench, prestasi single-core mencapai 1000 poin dan untuk multi-core adalah 3361, markah yang mengagumkan! Berkenaan prestasi grafik, skor pada 3dMark OpenGl ES 3.1 mencecah 8000, yang mana merupakan markah tertinggi yang kami pernah lihat. Walaupun skor pada Vulkan tidak boleh direkodkan tanpa sebab yang dikenal pasti, tetapi kita sudah boleh menjangkakan prestasi yang tinggi seperti pada penanda aras yang sudah diuji.

ROG Phone 3 telah mengeluarkan game mudah alih secara rasmi yang menyokong 144fps, tetapi tidak termasuk game popular yang sering dimainkan seperti Honor of Kings, Call of Duty: Mobile, PUBG Mobile dan lain-lain game multiplayer interaktif yang sebenarnya boleh menyokong 144fps. Game yang diumukan rasmi adalah Final Fantasy XV: Pocket Edition, Temple Run 2, Cut The Rope 2, Summoners War, Yu -Gi-Oh! Duel Links, Maple Story M, Honkai Impact 3rd dan banyak lagi.

Walaupun game rasmi hanya seperti yang dinyatakan di atas, pengalaman gaming untuk game lain pada ROG Phone 3 tidak terkesan. Kualiti tinggi melalui game menembak seperti COD Mobile dengan kadar frame tertinggi (60fps) dan penggunaan AirTrigger tidak menjadi masalah dan sangat lancar. Kadar frame 60fps boleh dikekalkan secara stabil sepanjang gaming.

Melalui ujian game 144fps, pengalaman gaming adalah sangat lancar berdasarkan pandangan mata kami. Namun, semasa memainkan game Honkai Impact 3 dalam jangka masa yang lama, peranti terasa sedikit panas. Ketika ini, anda cuma perlu memasang aksesori kipas untuk menyejukkan peranti (kami sarankan anda untuk berhenti seketika).

Mengulas mengenai jangka hayat bateri, kapasiti 6000mAh dengan pengecas pantas 30W mampu mengelakkan kebimbangan mengenai isu bateri. Kami telah mengujinya dengan mengaktifkan 144Hz dan bermain game sepanjang hari. Setelah 7 jam penggunaan kasual ditambah dengan 2 jam secara berterusan, masih terdapat 75% bateri yang tinggal. Jika anda mengamalkan gaming yang berat sepanjang hari, kami percaya baterinya mampu bertahan.

Berkenaan sambungan dan audio, sambungan WiFi 6 adalah stabil dan pantas (anda perlu ada router WiFi 6), manakala sambungan 4G LTE juga tidak menjadi masalah. Pembesar suara stereo bukan hanya bagus, tetapi turut menyokong audio Dirac HD termasuklah untuk pembesar suara di hadapan peranti. Pengalaman audio adalah sangat baik.

Untuk aspek fotografi, ROG Phone 3 hadir dengan 3 kamera utama 64MP SONY IMX586 + 13MP super ultra lebar 125 degree + 5MP lensa makro dan kamera swafoto 24MP. Memandangkan ia adalah sebuah peranti gaming, prestasi kameranya mungkin tidak bertahap tinggi, tetapi masih memuaskan. Anda boleh melihat contoh gambar yang diambil oleh kami.

Bagus jika ada pencahayaan
Pemandangan di jalanan juga sangat baik
Prestasi ultra lebar yang baik semasa waktu siang
Contoh fotografi pada jarak dekat
ROG Phone 3 mempunyai lensa makro, kurang digunakan namun lebih baik dari tiada apa-apa
Gambar semakin cantik dengan subjek yang juga cantik
Mod potret cantik dengan warna yang agak semulajadi
lensa ultra lebar juga boleh mengambil gambar mod malam
Mod potret yang agak baik pada waktu malam
Cahaya pada waktu malam melalui lensa makro tidak memuaskan
Lihatlah haiwan peliharaan di rumah rakan pengulas kami
Mod super ultra lebar
Mod potret
Selfie di siang hari di belakang cahaya, kejelasan cahaya yang baik
Selfie menghadap cahaya, lebih baik
Selfie mod potret

Secara keseluruhan, prestasi dan konfigurasi ciri peranti e-sukan ROG Phone 3 ini adalah yang terbaik setakat ini selain dari tetapan kamera yang hanya memuaskan. Apa pun, sebarang maklumat mengenai penjualannya masih belum keluar di pasaran Malaysia, jadi agak susah untuk kami meneka harganya. Namun, ulasan kami boleh membantu anda jika anda sedang mempertimbangkan keputusan untuk membeli peranti ini.

Walaupun setakat ini spesifikasinya adalah yang terbaik, tetapi terdapat pesaing yang baik seperti siri Black Shark 3. Siri Black Shark 3 tidak menggunakan Snapdragon 865 Plus dengan kadar frame 90Hz, namun mempunyai mod game eksklusif dan butang fizikal yang turut melayakkan diri ke segmen peranti e-sukan. Apa yang penting, siri Black Shark 3 cuma dengan penawaran harga yang agak agresif, RM2,799.

Beritahu kami pandangan anda mengenai ulasan ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Spesifikasi ROG Phone 3:

Kelebihan: Konfigurasi paling ekstrem untuk peranti e-sukan mudah alih dengan prestasi tinggi.

Kelemahan: Prestasi kamera hanya memuaskan dan peranti agak berat.

Kesimpulan: Untuk pasaran pengguna yang memfokuskan game mudah alih, prestasinya sangat bagus. Untuk pengguna biasa, ia akan menjadi pemain media yang bagus (seperti menonton filem dan sebagainya).

Diterjemahkan dari TechNave中文版

Exit mobile version