Site icon TechNave BM

Ulasan keputusan ujian bateri Apple iPad mini

Tahun ini, Apple iPad mini membuat kejutan dengan kehadiran beberapa ciri yang mengagumkan. Bagi yang tidak tahu, tablet ini menggunakan cipset A15 Bionic terkini. Ia adalah kuasa sebenar yang perlu diletakkan dalam tablet sebesar saiznya. Namun, adakah ia cukup tahan lama untuk mengendalikan spesifikasi utama yang terdapat dalam tablet mini ini? Berikut ialah ujian bateri yang kami lakukan pada iPad mini.

Konfigurasi bateri iPad mini 6

Paparan Retina berukuran 8.3 inci

Sebelum kita bermula, adalah dimaklumkan bahawa Apple biasanya tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai kapasiti bateri pada halaman produknya. Tetapi kerana kami mempunyai sebuah iPad mini di pejabat kami, kami mendapati bahawa tablet mini ini mempunyai kapasiti bateri 5124mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W. Spesifikasi ini sejajar dengan maklumat yang diterima daripada beberapa media.

Menurut penulis kami dari pasukan TechNaveCN, bateri iPad mini 6 telah diuji melalui tontonan maraton video. Secara khusus, dia menggunakan tablet itu untuk menonton DotA 2 The Internationals baru-baru ini. Perlu diingatkan bahawa ujian ini bukan sahaja digunakan untuk main balik video, tetapi juga pada strim langsung yang menggunakan sambungan Wi-Fi selama berjam-jam. Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat prestasi iPad mini.

Ujian bateri pusingan 1

Strim langsung ketika menguji baterinya

Untuk makluman anda, jadual sehari dalam The Internationals boleh bertahan sehingga 11 jam atau lebih (bergantung pada setiap perlawanan). Penulis kami menetapkan tetapan kelantangan kepada 50% dan tidak ada jeda atau pemajuan pantas (fast forward). Pada penghujung strim langsung tersebut, iPad mini masih mempunyai baki bateri sebanyak 35%.

Selepas 11 jam menonton video

Ujian bateri pusingan 2

Selepas 20 minit bermain game, iPad mini masih mempunyai 28% bateri

Untuk mendapat keputusan yang tepat, kami membuat percubaan kali kedua. Selepas 11 jam main balik video, penulis kami mencuba beberapa games. Selepas bermain game selama 20 minit, kami dapati bateri iPad mini hanya berkurangan sebanyak 6%. Sekiranya ia berlangsung selama sejam, ia akan menggunakan kira-kira 20% daripada hayat bateri. Memandangkan kami mempunyai maklumat itu, kami menganggarkan bahawa iPad mini boleh bertahan beberapa jam jika anda bermain game tanpa henti.

Menguji prestasi gaming pada iPad mini
Palam pengecasan 20W terdapat di dalam kotak. Terbaik!

Walaupun mempunyai saiz yang kecil, iPad mini boleh bertahan sepanjang hari sama ada bekerja, bermain game, menonton Netflix dan banyak lagi. Walaupun baterinya sudah habis, anda hanya memerlukan 30 hingga 40 minit untuk mengecas sepenuhnya. Kepada pengguna iPad mini, anda tidak perlu risau sama sekali tentang prestasi baterinya.

iPad mini 6 kini tersedia dalam pasaran Malaysia dan di bawah ini adalah senarai harga mengikut varian:

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli iPad mini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Terjemahan: TechNaveEN

Exit mobile version