Site icon TechNave BM

Ulasan Razer Enki Gaming Chair – Kerusi “gaming” premium untuk bermain dan bekerja jangka panjang

Setelah seharian bekerja atau bermain game, pastinya akan merasa sakit dan lenguh di bahagian belakang. Di sini, kami ingin memberi ulasan penuh mengenai Razer Enki Gaming Chair yang juga dapat mengelakkan anda daripada sakit belakang.

Razer Enki Gaming Chair tiba di dalam kotak di mana beberapa pemasangan harus dilakukan dan ia dibungkus dengan baik dalam plastik tebal. Pemasangannya agak ringkas dengan arahan yang jelas dan mudah diikuti. Ia juga datang dengan corkscrew khas seperti kunci L dan hitam dengan sarung tangan hijau.

Arahan pada kotak, Razer mengenali penggunanya dengan baik
Perlukan beberapa pemasangan
Sarung tangan pembina dan alat kunci L

Pada pandangan pertama, Kerusi Gaming Razer Enki tidak kelihatan seperti produk Razer kerana tidak mempunyai RGB, dan hiasan hijau neon Razer pada kerusi, mungkin kerana ini adalah versi berwarna hitam.. Terdapat logo Razer pada sandaran kepala depan dan belakang, bantal sandaran kepala yang boleh ditanggal dan bahagian sisi sendinya tanpa sebarang warna hijau neon. Ia tetap kelihatan seperti kerusi gaming yang premium dengan kulit sintetik EPU yang keras dijahit dengan baik.

Bantal sandaran kepala diperbuat daripada sejenis fabrik suede atau mewah (warna hitam Razer yang menarik) dan ia boleh dipasang pada sandaran kepala melalui tali klik. Bantal tersebut mungkin dapat menarik habuk yang banyak namun ia amat sesuai bagi mereka yang tinggi seperti saya kerana sokongan ergonomik yang baik berbanding tempat letak kepala kerusi yang agak keras.

Kerusi Gaming Razer Enki setelah dipasang, versi hitam hampir tidak mempunyai bling Razer biasa
Terdapat versi hijau dan merah jambu juga

Ia cukup besar untuk orang yang mempunyai ketinggian 6 kaki seperti saya dan tempat tangannya juga boleh dinaikkan atau diturunkan dan meluncur ke hadapan, belakang atau sisi mengikut kesesuaian sokongan tetikus gaming. Sandaran tangannya boleh dilaraskan dengan mudah dan stabil kerana saya mahukan ketinggiannya lebih tinggi berbanding meja saya. Ia akan berasa agak longgar kerana semua bahagian yang bergerak, tetapi sandaran tangannya kekal stabil di tempatnya sepanjang saya menggunakannya.

Kerusi boleh dilaraskan ke belakang hampir ke tahap rata dan terdapat kunci untuk memastikan bahagian belakangnya tetap di tempatnya. Anda juga boleh melaraskan ketinggian kerusi seperti kebanyakan kerusi pejabat lain. Ia juga memiliki tapak logam berwarna hitam dengan lima jejari di mana roda akan tetap kekal walaupun tiada kunci dan anda boleh bergerak ke mana sahaja yang anda mahu.

Lengan lebar memberikan sokongan yang baik
Anda juga boleh memasang bantal empuk untuk sokongan kepala tambahan
Kulit sintetik EPU terasa baik, bahan bercorak berlian berfungsi untuk menyerap peluh manakala sokongan lumbar memastikan sandaran anda selesa
Sandaran tangan untuk Razer Enki boleh dilaraskan sepenuhnya
Anda boleh melaraskan sandaran lengan ke belakang, depan, sisi ke sisi dan atas atau bawah

Tempat duduk lebar 21 inci memberi ruang yang cukup dan agak selesa untuk punggung saya yang besar, membuatkan ia bagus bagi pengguna yang mempunyai bahagian belakang yang lebih besar. Saya mendapati bahawa apabila bersandar ke tepi, lemak perut tambahan saya secara tidak sengaja menekan butang pelarasan tempat letak tangan di bahagian sisi, menyebabkan ia terkeluar dari tempatnya. Walaupun begitu, kerusi Gaming Enki masih cukup besar untuk semua pemain dan pengguna.

Secara keseluruhan, kerusi Gaming Razer Enki sangat selesa untuk duduk dalam jangka masa yang lama. Kulit tiruan EPU tidak menjadi panas seperti kulit sofa PU biasa, tetapi belakang anda mungkin akan masih berpeluh selepas sesi gaming berpanjangan. Namun begitu, kain lembut bercorak berlian di tengah berfungsi dengan baik untuk memerangkapkan kelembapan daripada badan. Game mudah alih mungkin agak kurang selesa, kerana ia kelihatan lebih direka untuk pengguna komputer riba atau desktop.

Ruang yang mencukupi bagi mereka yang bersaiz besar
Di meja kerja saya

Isteri saya turut berkata bahawa terdapat banyak sokongan dan ia bagus untuk bekerja berjam-jam sama seperti ketika bermain game. Tapak tempat duduk yang lebar juga bermakna anda boleh duduk bersila atau di sisi juga. Harganya USD$399.00 (~RM1656.25) mungkin agak mewah untuk pengguna kasual tetapi jika anda sedang mencari kerusi bekerja dari rumah (Work From Home) atau kerusi pejabat gantian tanpa kekangan bajet, maka kerusi Razer Enki Gaming adalah kerusi yang sesuai untuk anda.

Dengan harga ini, anda mungkin boleh mendapatkan dua atau tiga kerusi pejabat mewah atau beberapa kerusi permainan lain tetapi berkemungkinan ia tidak menjamin tahap sokongan ergonomik jangka panjang seperti kerusi Gaming Razer Enki. Ia sememangnya sesuatu yang perlu dipertimbangkan jika anda tidak mahu belakang anda sakit akibat WFH atau sesi maraton game yang panjang. Untuk jangka masa panjang, kerusi Gaming Razer Enki pastinya harus ada dalam senarai pertimbangan anda.

Spesifikasi dan Ciri Teknologi

Ini adalah spesifikasi dan ciri teknologi Razer Enki Gaming Chair:

Kebaikan dan kekurangan

Kelebihan: Kerusi gaming ergonomik premium yang sangat selesa untuk sesi gaming (atau kerja) yang panjang, walaupun untuk orang besar. Tempat letak tangan boleh laras sepenuhnya.

Kekurangan: Agak mahal. Beberapa pemasangan diperlukan.

Ringkasan: Salah satu kerusi gaming atau kerja ergonomik yang lebih baik dalam pasaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version