Site icon TechNave BM

Ulasan ujian kamera iPhone 13 Pro – Mod makro yang lebih jelas

Untuk bertahun-tahun lamanya,  telefon pintar semuanya mengenakan megapiksel yang lebih tinggi dan lensa kamera yang lebih besar seperti lensa ultra-lebar, telefoto dan makro. Ciri-ciri ini merupakan komponen penting bagi telefon peringkat permulaan dan pertengahan.

Walau bagaimanapun, lensa makro tidak selalu digunakan pada telefon pintar dan kebiasannya tidak juga didapati pada peranti andalan. Ini kerana jenama-jenama lebih suka mengutamakan lensa ultra-lebar dan telefoto yang menawarkan foto dan video lebih jelas. Namun kini, Apple mengambil langkah dengan menghasilkan lensa makro tersendiri pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Sudut pandangan makro yang berbeza

Tidak mengikuti jenama-jenama lain, Apple menghasilkan mod makro dan bukannya lensa tambahan. Hanya varian iPhone 13 Pro mempunyai makro pada lensa ultra-lebar 12MP kerana perkakasan dan perisian kamera Pro yang paling maju dan terbesar yang pernah ada.

Dengan sekali pandang, varian iPhone 13 Pro kelihatan seperti iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Sekiranya varian-varian tersebut diletakkan bersebelahan, varian iPhone 13 Pro dilihat mempunyai sensor kamera yang lebih besar. Sekiranya anda tahu mengenai fotografi, sensor yang lebih besar bermakna menangkap lebih banyak cahaya. Menurut Apple, lensa ultra-lebar telah direka semula dan kini boleh menfokuskan objek jarak dekat pada hanya 2 sentimeter.

Hasil tangkapan foto iPhone 13 Pro

Di bawah merupakan beberapa gambar di luar rumah dengan iPhone 13 Pro. 

Tangkapan biasa: tumbuhan (kiri) dan mod makro iPhone 13 Pro (kanan)
Perbezaan antara gambar amat dekat menggunakan iPhone 12 Pro (kiri) dan iPhone 13 Pro (kanan)
Nampaknya mod makro juga menangkap titisan air hujan pada daun
Contoh tangkapan gambar lebah yang diambil dalam mod makro. Tidak dipotong
Anda boleh mula mengira kaki ulat gonggok
Dilihat jelas semut di tangan saya
Foto tangkapan makro ini membuktikan Apple mendahului peranti lain

Mod makro yang patut ditunggu

Peminat Android sering menyindir Apple kerana lambat menggunakan ciri tertentu. Tetapi mereka juga lupa bahawa Apple sering mengambil masa untuk menghasilkan versi terbaik sebelum mengeluarkannya. Walaupun terdapat beberapa telefon Android dengan lensa makro yang hebat (pernah kami uji sebelum ini) tetapi mod makro iPhone 13 Pro masih boleh mengalahkan pesaing. Kami tidak menyatakan ia sempurna tetapi ia lebih baik berbanding peranti yang pernah kami gunakan.

Mod Makro juga aktif secara automatik apabila anda mendekati subjek walaupun anda tidak begitu dekat. Hanya terdapat satu perkara yang diharapkan iaitu mempunyai ciri tetapan bagi mod auto-makro ini. Sebagai penggemar fotografi, kami lebih memilih untuk mengawalnya.

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max boleh didapati di Malaysia dengan harga RM4,899 dan RM5,299. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang varian Pro di laman web Apple Malaysia di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version