Site icon TechNave BM

Ulasan Vivo S1 – Peranti gaming mampu milik yang bagus

Berbalik pada awal Julai tahun 2019, Vivo Malaysia telah memulakan iklan awal peranti pintar terbaru mereka. Ia bukan sekadar peranti terbaru, tetapi peranti siri S terkini yang mana agak memikat hati. Apa yang boleh siri S ini pertaruhkan? Kami telah menunggu dan setelah 3 minggu lamanya, munculnya peranti Vivo S1 ini.

Di China, peranti ini hadir dengan nama yang sama, tetapi dengan varian berbeza dari set tempatan. Dengan hanya RM1099, peranti pintar mampu milik ini mempunyai agak banyak tawaran; bateri gergasi 4500 mAh dengan teknologi pengecasan pantas dual engine, sensor fingerprint in-display, 3 kamera belakang dan banyak lagi. Peranti ini kelihatan hebat di kertas, tetapi realitinya? Semak pada ulasan kami di bawah ini.

Reka bentuk – Boleh tersilap pandang sebagai peranti premium

Peranti pintar dengan reka bentuk gradien telah menjadi kebiasaan pada masa kini, tetapi kebanyakan pengguna tidak akan memandang dengan sekelip mata kerana peranti akan dilindung dengan sarung pelindung. Walaupun begitu, warna peranti adalah perkara pertama yang menarik perhatian dan Vivo S1 sememangnya ada gaya.

Hadir dengan Diamond Black dan Skyline Blue, pearnti terkini ini adalah agak unik kerana terdapat pemantulan efek berombak yang memisahkan warna gradien dengan sempurna. Gabungan rekaan dengan jenama Vivo ringkas dan 3 kamera belakang yang bersinar, orang ramai boleh terpedaya akan penampilan peranti ini sebagai peranti premium.

Reka bentuk kemas, bahagian depan dan belakang S1
Boleh nampak corak berkilauan yang banyak dengan pencahayaan berbeza
3 dulang kad SIM dengan slot mikroSD, butang lain yang kelihatan adalah butang pantas Google Assistant
Berikut ialah butang power dan kelantangan (volume) biasa, bicu headphone 3.55mm, mikroUSB dan kedudukan gril pembesar suara

Paling lega, reka bentuk belakang peranti bukan sepenuhnya kaca jadi anda tidak perlu risau tentang kaca pecah. Namun, saya masih sarankan pengguna untuk mendapatkan sarung pelindung sebagai langkah berhati-hati. Wajar saya perkatakan juga tentang panel skrin yang diperbuat dari AMOLED untuk tontonan video dan paparan imej yang baik.

Ciri dan Spesifikasi Teknologi – Banyak sangat, tapi…

Berikut adalah spesifikasi teknologi Vivo S1:

RAM 6GB + kapasiti memori storan 128GB adalah lebih dari cukup untuk pengguna kasual peranti pintar, makanala cipset Helio P65 oleh MediaTek agak sesuai untuk prestasi gaming. Peranti ini juga memiliki kamera integrasi AI dan banyak lagi.

Vivo S1 mempunyai pelbagai ciri, tetapi terdapat satu perkara yang menganggu fikiran saya – terdapat banyak aplikasi perisian remeh (bloatware) pada peranti ini. Semestinya kita fikir pengeluar peranti telah sedia maklum tentang aplikasi perisian remeh yang tidak digunakan, namun tidak pada S1 kerana sememangnya terdapat banyak aplikasi Vivo yang agak sama dengan apa yang ada di Google.

Contohnya, V-Appstore, Hot Apps dan Hot Games adalah lebih kurang sama, manakala Vivo.com mengakses anda ke capaian sesawang (kelakarnya). Terdapat juga Browser Vivo, gabungan Google Chrome dan berita yang tidak diperlukan mengspam anda, serta kewujudan Jovi AI yang membawa anda ke Google Assistant. Pada pandangan saya, ini merupakan pembaziran sumber tetapi mungkin ada yang menyukainya.

Browser Vivo akan mula menghantar notifikasi berita sebaik sahaja anda mula menggunakan peranti walaupun tanpa log masuk
Aplikasi Hot Games (kiri) yang boleh memuat turun game yang sama pada V-Appstore, Hot Apps dan Google Play Store. Di sebelah kanan, anda boleh mengedit sensor cap jari dalam paparan beranimasi yang mana agak bagus tetapi tidak menyahkunci sepantas yang sepatutnya.
Game Assistant kini kembali
Lebih ciri pada Game Assistant

Game Assistant membuat kemunculan semula dan seperti kebanyakan ciri sama dari peranti jenama lain, ia membantu dalam mempertingkatkan prestasi gaming dan turut menyekat mesej dan panggilan masuk. Terdapat mod Esports yang secara spesifiknya untuk game mudah alih Battle Royale seperti Mobile Legends, Bang Bang dan Arena of Valor. Malangnya, ia tidak mempunyai perakam game atas sebab tertentu.

Terdapat juga ciri yang saya suka. Vivo berkemungkinan adalah yang pertama memiliki ciri ini berbanding jenama lain. FunTouch OS 9 sebenarnya memiliki Mod Gelap (Dark Mode) dan apa yang mengejutkan lagi, ia boleh digunakan di laman Facebook, WhatsApp dan WPS Office! Mod Gelap juga boleh digunakan pada aplikasi antaramuka seperti Tetapan, Note dan sebagainya.

Mod gelap!!
Antaramuka kamera, tiada apa yang baru di sini

Prestasi – Agak baik untuk gaming

Terima kasih kepada Game Assistant, cipset Helio P65 dan RAM 6GB. Agak mengejutkan apabila Vivo  S1 boleh memainkan game bergrafik tinggi dengan baik. Game tersebut termasuklah Asphalt 9 dan PUBG Mobile, tetapi mengenai Mod Esport yang dinyatakan tadi, mod ini kelihatan agak tidak mendatangkan banyak perbezaan untuk game Battle Royale. Namun, peranti ini boleh berfungsi dengan baik sudah cukup memadai.

Dengan bateri 4500 mAh di dalam peranti, ia boleh bertahan selama sehari penggunaan biasa. Konsumsi bateri dari gaming yang berat agak standard seperti kebanyakan peranti lain kerana ia mengurangkan kira-kira lebih kurang 10% selepas bermain game selama setengah jam.

Pengecasan berfungsi dengan baik, tetapi saya menjangka prestasi yang lebih baik kerana teknologi pengecasan pantas Dual Engine seperti di dalam V11 kini kembali dan peranti boleh dicas dengan agak pantas. Di atas sebab yang tertentu, peranti ini mengambil masa lebih dari 30 minit untuk S1 melepasi tahap 50%. Walau bagaimanapun, masih lebih baik daripada output pengecasan 10W yang biasa.

Menduduki tangga ke-51 dalam carta skor AnTuTu
Skor 3DMark (sebelah kiri) tidak begitu menarik, prestasi bateri (sebelah kanan)
Prestasi gaming adalah baik, tetapi FPS hanya boleh mencapai 30 secara maksimum, garis zig-zag yang dapat dilihat adalah penggunaan CPU semasa dengan pemain campuran (multiplayer).
Keputusan keseluruhan dari Gamebench – 30FPS, kestabilan FPS 89% dan penggunaan CPU 15.63%

Prestasi minor lain seperti sambungan WiFi, GPS dan rangkaian panggilan berfungsi dengan baik. Wajar diperkatakan bahawa prestasi paparan juga baik dengan penggunaan paparan AMOLED. Di samping itu, prestasi audio masih boleh dipertingkatkan (boleh menjadi terlalu jelas), tetapi ia bukanlah sesuatu yang anda boleh jangkakan dari peranti berharga RM1099.

Beralih kepada prestasi kamera, 3 kamera quad belakang pada peranti mampu milik adalah sememangnya satu pembelian bernilai, tetapi jika dilihat pada spesifikasi, penghasilan kualiti gambar kebanyakannya datang dari sensor Sony IMX499 16MP dan kamera berhadapan (front-facing) yang mana menghasilkan gambar yang cantik.

Berbeza dengan lensa 8MP ultra-lebar yang mana prestasinya agak kurang pada pandangan saya. Pengambilan gambar ultra-lebar masih boleh dihasilkan, tetapi bergantung kepada keadaan. Jadi, hasil yang berlainan mengikut keadaan. Hasil pengalaman kami, penggunaan mod potret tidak boleh menangkap imbangan putih (white balance) dan pergerakan dengan baik (kabur). Anda boleh melihat contoh gambar di bawah.

Perbezaan gambar di antara sudut biasa (sebelah kiri) dan sudut ultra-lebar (sebelah kanan) dari posisi sama
Ini ialah tangkapan gambar sudut ultra-lebar secara mendatar
Sudut ultra-lebar pada mod skrin penuh (fullscreen mode)
Tangkapan panorama
Selfie!
Tangkapan jarak dekat (close-up) pada bunga matahari dan lebah
Mod potret
Lagi mod jarak dekat pada mikrofon
Tangkapan biasa sebuah kereta, selagi ada cahaya, hasil gambar dengan kamera utama adalah baik
Kontras warna pada mod potret juga kabur
Tangkapan matahari tenggelam menggunakan ultra-lebar
Gambar juga menghadapi masalah dengan keadaan bercahaya rendah
Kamera utama juga tidak banyak membantu dalam keadaan bercahaya rendah seperti ini
Satu daripada gambar pencahayaan rendah yang paling baik

Kesimpulan- Mungkin lebih kepada peranti gaming mampu milik

Vivo S1 agak seperti peranti dengan gabungan pelbagai ciri. Harga RM1099 merupakan tawaran yang baik dengan reka bentuk menarik, spesifikasi peranti kelas pertengahan yang baik, Game Assistant dan bateri 4500 mAh yang agak besar (dengan teknologi pengecasan pantas seadanya). Saya agak boleh faham dengan fungsi-fungsi (prestasi kamera, pengecasan pantas dan pengimbas cap jari dalam paparan) tidak sebaik peranti pertengahan tahap atas dan peranti terbaik lain, serta kelemahan paling kuat adalah jumlah perisian remeh dengan fungsi yang sama seperti aplikasi Google.

Secara perbandingan, peranti ini mempunyai banyak persaingan sengit. Terdapat Xiaomi Mi 9T yang telah memenangi hati peminat dengan cipset Snapdragon 730 yang berharga RM1199. Begitu juga dengan OPPO F1 Pro yang mempunyai spesifikasi sama dan dapat mengambil gambar dengan pencahayaan rendah dengan baik. Oleh kerana ini adalah peranti pintar siri S yang pertama dari Vivo, kami berharap agar mereka dapat mempertingkatkan prestasi peranti pintar dengan lebih baik pada model seterusnya (mungkin S2) dalam masa beberapa bulan kemudian.

Jadi apa pendapat anda tentang Vivo S1? Kenal akan sesiapa yang menggunakan peranti ini? Beritahu kami, terima kasih kerana membaca dan nantikan lebih ulasan peranti pintar di TechNave.com.

Exit mobile version