Site icon TechNave BM

Ulefone bakal lancar telefon baru siri Power dengan bateri gergasi 13,200 mah!

Terbaru, syarikat telefon pintar dari China, Ulefone memberitahu bahawa mereka akan melancarkan sebuah model baru dari siri Power dalam masa terdekat. Yang menarik, telefon baru ini hadir dengan bateri gergasi 13,200mAh.

Siri Power dari Ulefone ini menjanjikan ketahanan bateri yang berpanjangan. Sebelum ini, Ulefone telah melancarkan empat model dari siri ini iaitu Power, Power 2, Power 3 dan Power 5S. Jadi, kali ni, model baru ini dikhabarkan akan hadir dengan nama Power 6.

Bateri 13,200mAh ini sebenarnya adalah saiz bateri seperti sebuah bank kuasa (powerbank). Telefon dengan saiz bateri sebesar ini dengan mudah dapat bertahan selama 3 hari penggunaan. Jika anda jarang menggunakannya, mungkin ia dapat tahan sehingga 4 ke 5 hari.

Untuk spesifikasi lain, ia belum lagi diberitahu. Nantikan berita lanjut mengenai telefon ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version