Site icon TechNave BM

uni5G dilancar di Malaysia, tawarkan pakej prabayar dan pascabayar bermula RM35 sebulan

Perkhidmatan uni5G kini sudah dilancarkan untuk para pelanggan unifi, di mana syarikat TM itu menawarkan pelbagai bentuk pakej 5G bermula RM35 sebulan.

Berdasarkan laman webnya, uni5G untuk pakej prabayar unifi hanya akan ditawarkan sebagai fungsi tambahan. Anda bleh dapatkan langganan Bebas Monthly yang menawarkan data LTE tanpa had serta data 5G tanpa had selama 30 hari.

Harga asalnya adalah RM55 sebulan namun pada waktu ini, ia ditawarkan dalam harga promosi RM35 sebulan. Anda boleh dapatkan langganan ini dalam aplikasi unifi Mobile.

Bebas Monthly untuk pelanggan prabayar
Pelan uni5G pascabayar

Anda juga boleh dapatkan pelan pascabayar unifi Mobile Postpaid bermula RM59 sebulan yang menawarkan data 5G, panggilan telefon serta SMS tanpa had untuk kontrak selama 12 bulan. Sungguh pun begitu, penggunaan hotspot akan dihadkan kepada data LTE sebanyak 10GB sahaja. Terdapat juga diskaun bulanan sehingga RM40 jika anda kekal melanggan.

Layari laman web unifi untuk maklumat lanjut mengenai pakej 5G oleh TM. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version