Site icon TechNave BM

unifi lakukan penyelenggaraan infrastruktur di seluruh negara, kawasan anda mungkin terjejas

unifi kini memaklumkan bahawa mereka sedang melalukan tugas-tugas penyelenggaraan dan penaiktarafan infrastruktur mereka di seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan.

Berikutan aktiviti ini, kawasan anda mungkin akan mengalami gangguan terhadap kualiti internet. Jika anda menetap di kawasan-kawasan terlibat, anda akan menerima mesej SMS daripada nombor 66555 untuk memaklumkan anda mengenai kerja-kerja oleh unifi.

unifi akan berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaran di kawasan anda dalam masa 24 jam. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version