Site icon TechNave BM

unifi lancar kempen unifi Your World, benarkan pengguna cipta pelan langganan mereka sendiri

unifi hari ini telah mempromosikan kempen unifi Your World, sebuah inisiatif yang menawarkan kepada para pelanggan untuk menyusun pakej langganan internet mereka sendiri di rumah. Melalui kempen ini, pengguna boleh menambahkan perkhidmatan jalur lebar mereka dengan unifi Mobile 4G LTE tanpa had, pek hiburan unifi TV dan peranti khas seperti unifi Plus Box atau Mesh Wi-Fi.

Ketua pemasaran unifi Lai Shu Wei (memegang mikrofon) menerangkan kepada media tentang manfaat unifi Your World

unifi turut menjemput pihak media untuk melihat demonstrasi produk-produk baru ini. Mereka mendemonstrasi peranti tambahan Mesh Wi-Fi yang bertujuan memanjangkan jangkauan hubungan Wi-Fi daripada router serta menstabilkan hubungan tersebut di seluruh rumah. Kemudahan ini bermula daripada RM15 sebulan.

unifi Plus Box pula menawarkan lebih banyak pilihan untuk rancangan televisyen dengan lebih daripada 70 saluran serta kandungan video daripada iflix dan Viu. Pelanggan juga boleh mengambil pelan unifi Mobile 4G LTE di bawah kempen ini untuk mendapatkan data, panggilan dan SMS tanpa had dalam telefon pintar.

Mesh Wi-Fi Booster (gajet bewarna putih di sebelah kiri laptop) boleh memanjangkan jangkauan router internet ke seluruh penjuru rumah

Untuk maklumat lanjut, layari laman web unifi Your World atau lawati TMPoint berhampiran anda. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version