Site icon TechNave BM

Unifi lancarkan Pelan Pascabayar UNI5G, bermula RM39/bulan untuk data 30GB

Unifi hari ini mengumumkan Pelan Pascabayar dan Pelan Keluarga UNI5G #Unstoppable terbaharunya yang memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia dan membawakan pengalaman 5G ke dalam kehidupan seharian mereka.

Pelan-pelan mudah alih baharu ini menyediakan pelbagai nilai tambahan dengan harga mampu milik. Pelanggan baharu yang mendaftar untuk kedua-dua pakej Pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu bersama-sama dengan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi yang terkini akan menikmati data 5G + 4G tanpa had untuk talian utama dan semua talian tambahan.

Pelanggan jalur lebar tetap Unifi sedia ada yang melanggan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G baharu juga akan menikmati tawaran yang sama. Unifi turut melancarkan tiga pelan Pascabayar baharu untuk pengguna individu:

  1. Pascabayar 99 UNI5G adalah salah satu tawaran yang berbaloi dalam pasaran yang disertakan
    dengan data 5G + 4G tanpa had sepanjang tempoh promosi serta telefon pintar 5G
    percuma
  2. Pascabayar 69 UNI5G dengan data 5G tanpa had sepanjang tempoh promosi dan rebat
    telefon pintar 5G terpilih
  3. Pascabayar 39 UNI5G iaitu salah satu pelan Pascabayar dengan harga yang paling mampu
    milik dengan 30GB data 5G + 4G

Langganan pelan Pascabayar Keluarga UNI5G, Pascabayar 99 UNI5G, atau Pascabayar 69 UNI5G bersama-sama Jalur Lebar Unifi 300Mbps dan ke atas juga akan menerima rebat bulanan sebanyak RM20 selagi mereka kekal sebagai pelanggan Unifi yang aktif.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh memilih tawaran terhad mudah alih tetap termasuk pakej Pascabayar UNI5G terkini dengan data 5G + 4G tanpa had, telefon pintar 5G percuma dan Jalur Lebar Unifi berkelajuan 100Mbps dari serendah RM149 sebulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran–tawaran terbaharu ini, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version