Site icon TechNave BM

Unifi Mobile 5G akan datang, muncul di portal Peta JENDELA

Selain YES 5G, Telekom Malaysia (TM) turut menjadi antara syarikat terawal yang menyertai rangkaian borong tunggal 5G Digital Nasional Bhd (DNB). Walaupun begitu, belum ada tanda-tanda sebarang rancangan pakej 5G sehingga hari ini. Walaupun tidak rasmi lagi, terdapat klu bahawa ia bakal dilancarkan tidak lama lagi berdasarkan peta di JENDELA.

Jika anda melawati Peta Satelit di tapak web JENDELA, anda boleh melihat ‘Unifi Mobile’ secara rasmi disenaraikan dalam pilihan 5G. Anda belum boleh menanda ‘Unifi Mobile’ tetapi sekurang-kurangnya ia adalah petanda bahawa syarikat itu akhirnya akan melancarkan pakej 5G tidak lama lagi. Namun, tiada tarikh bila ia akan datang.

Sebelum ini, terdapat beberapa berita mengenai unifi melancarkan perkhidmatan 5G pada Februari 2022. 5G pertama kali muncul pada beberapa pelan pakej tetapi telah dialih keluar dengan alasan bahawa pasukan itu sedang bekerja secara meluas pada ujian perkhidmatan 5G dalamannya. Sejak itu, TM berdiam diri mengenai perkembangannya sehingga kini.

Baru-baru ini, Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi telah menandatangani untuk mengambil sebahagian daripada pegangan DNB pada Jumaat lepas. Pengumuman rasmi akan mengambil masa 7-8 hari. Sama-sama kita nantikan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jendela

Exit mobile version