Site icon TechNave BM

unifi Mobile 99 dilancar: Pelan mudah alih dengan data tanpa had bermula RM59

unifi hari ini telah melancarkan pelan data internet mudah alih terbaru iaitu unifi Mobile 99. Bagi mempromosi pelan baru ini, kad SIM untuk pelan tersebut akan dijual pada harga istimewa iaitu RM59 sebulan, lebih murah berbanding harga asalnya RM99 sebulan.

Pelan ini menawarkan data 4G LTE, panggilan telefon dan pemesejan SMS tanpa had, manakala data untuk hotspot pula akan disediakan sebanyak 10GB sebulan. Pelanggan yang membeli pelan ini dengan harga promosi perlu berdaftar dengan kontrak selama 12 bulan. Buat mereka yang bertukar daripada syarikat telekomunikasi lain, mereka boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada.

Pelanggan juga akan mendapat lima penyertaan dalam pertandingan #syawalwithunifi, di mana mereka berpeluang untuk memenangi televisyen LG Smart TV 65 inci, telefon pintar vivo X60, pembersih vakum wayarles Phillips dan baucar Shopee RM100.

Layari laman web unifi untuk maklumat lanjut tentang pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version