Site icon TechNave BM

unifi mobile tawarkan promosi pelan internet 4G LTE tanpa had pada harga RM35 sebulan

Pada masa ini, banyak syarikat telekomunikasi sudah mula menawarkan pelan yang berpatutan untuk penggunaan internet tanpa had seperti Umobile, Maxis dan lain-lain. Kini, unifi mobile juga menawarkan pelan internet 4G LTE tanpa had dengan harga bulanan serendah RM35 sahaja.

Berdasarkan FAQ dari unifi, Telekom Malaysia (TM) akan menawarkan penjimatan ini untuk pelan #BEBAS mingguan dan #BEBAS bulanan bermula hari ini, 27 Julai sehingga 31 Disember 2020. Dengan pelan ini, anda juga boleh menggunakan hotspot tanpa had dengan tiada kos tambahan. Untuk butiran lanjut mengenai pelan ini, sila layari laman web ini.

Bagaimana dengan promosi terbaru dari unifi mobile ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version