Site icon TechNave BM

unifi tawarkan promosi murah untuk menarik pelanggan servis internet lain, bermula RM39 untuk 30Mbps

[Kemas kini, 4 Jun 2020: unifi menjelaskan bahawa ini bukanlah promosi baru. Promosi ini hanya layak untuk mereka yang dikenakan bayaran penalti apabila ingin bertukar ISP. Jika pelanggan yang ingin bertukar ISP tidak dikenakan penalti, mereka perlu membayar pada kadar sama dengan pelanggan unifi yang lain. Buat mereka yang ingin mendapatkan internet jalur lebar buat pertama kali pula, unifi menawarkan percubaan percuma selama 30 hari.]

Pokde melaporkan bahawa unifi mungkin akan menganjurkan sebuah promosi khas bagi menarik lebih ramai pelanggan daripada syarikat perkhidmatan internet (ISP) yang lain. Dalam promosi tersebut, pakej termurah adalah RM39 sebulan untuk pelan 30Mbps, iaitu RM40 lebih murah daripada harga asal.

Di samping itu, pelan 100Mbps pula ditawarkan pada RM79 sebulan (harga asal RM129) dan pelan 300Mbps pula pada RM149 sebulan (harga asal RM199).

Seorang pengguna Twitter pula berkongsi interaksi beliau dengan pihak perkhidmatan pelanggan unifi, di mana syarikat tersebut mengesahkan bahawa promosi ini hanya layak untuk pelanggan yang telah membeli pakej internet daripada ISP lain.

Ini menjelaskan kenapa Telekom Malaysia (TM) tidak menghebah-hebakan promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk melanggan unifi melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version