Site icon TechNave BM

Unifi TV lancarkan app penstriman baharu, tawarkan akses percuma 30 hari

Unifi TV baru-baru ini melancarkan platform dan aplikasi penstriman yang diperbaharui, di mana mereka turut memberi akses percuma selama 30 hari untuk 15 perkhidmatan penstriman seperti Disney+ Hotstar, HBO Max, Viu, TVB Jade, SPOTV dan beIN SPORTS.

Selain perkhidmatan penstriman yang dinamakan tadi, akses 30 hari ini turut menawarkan akses percuma kepada 73 saluran premium, khas untuk pelanggan Unifi. Mereka yang belum menjadi pelanggan Unifi akan menerima akses percuma kepada 19 saluran premium sahaja.

Anda boleh pilih pakej yang ditetapkan oleh pihak Unifi atau bina pakej langganan anda sendiri dengna harga bermula RM8 sebulan. Berikut adalah pakej yang ditawarkan:

Aplikasi baharu ini menampilkan antara muka (UI) yang lebih mesra pengguna, dengan satu skrin utama dengan cadangan dan senarai tontonan yang diperibadikan daripada semua perkhidmatan yang dilanggan. Ia menawarkan penyeragaman segera merentasi televisyen, telefon pintar dan tablet untuk pengalaman lancar.

Layari laman web Unifi untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version