Site icon TechNave BM

Unifi TV tawar semua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026, pas bermula RM50

Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa perkhidmatan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia. Unifi TV akan menyiarkan kesemua 104 perlawanan secara langsung melalui tiga saluran khas sepanjang kejohanan berlangsung.

TM turut memperkenalkan pas musim penuh Piala Dunia FIFA 2026 pada harga RM60 manakala pelanggan Unifi TV boleh menikmati harga promosi RM50. Pelanggan baharu pula boleh mendapatkan harga yang sama dengan melanggan pek Unifi TV bermula RM12 sebulan.

Selain siaran langsung kejohanan, pas tersebut turut merangkumi akses kepada lebih 70 saluran premium termasuk HBO, Cinemax, beIN SPORTS, SPOTV, AXN dan tvN Movies sepanjang tempoh langganan. Bagi pengguna yang hanya mahu menonton perlawanan tertentu, pas harian pada harga RM20 akan mula ditawarkan bermula 12 Jun 2026.

Tontonan boleh dilakukan menerusi TV pintar, telefon pintar, tablet dan pelayar web selain disertakan ciri siaran ulang tayang serta sorotan perlawanan. Untuk pengetahuan, RTM dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dengan Unifi TV menyiarkan semua 104 perlawanan manakala RTM akan menawarkan sebahagian perlawanan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Unifi

Exit mobile version