Site icon TechNave BM

Unifi TV tawarkan siaran percuma untuk semua 78 saluran sempena Hari Raya

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, Unifi akan menyediakan siaran percuma untuk semua saluran yang disediakan dalam perkhidmatan televisyen Unifi TV. Siaran tersebut akan disediakan pada 7 April hingga 13 April 2024.

Semua pelanggan unifi TV serta bukan pelanggan boleh menikmati siaran percuma dalam semua 78 saluran yang ditayangkan. Mereka yang tidak melanggan kepada unifi TV boleh menontonnya dengan memuat turun aplikasi unifi TV.

Perlu diingati bahawa untuk saluran beIN SPORTS HD (Saluran 1-4), ia hanya mempunyai tempoh siaran percuma yang terhad. Unifi menyatakan dalam ruang Soalan Lazim bahawa saluran tersebut hanya boleh ditonton secara percuma pada 8-9 April dan 12-13 April.

Untuk maklumat lanjut mengenai semua 78 saluran, anda boleh rujuk pada senarai yang telah disediakan oleh Unifi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Unifi

Exit mobile version