Site icon TechNave BM

UNIQLO keluarkan beg anime Demon Slayer! 4 jenis corak, dijual di Malaysia 9 November ini

Terkini, UNIQLO berkolaborasi dengan anime popular Demon Slayer atau Kimetsu no Yaiba untuk siri UNIQLO UT terbaru. Selain siri kemeja T, UNIQLO kini mengeluarkan Pocketable Tote Bag, beg mudah alih yang boleh dilipat dengan empat jenis corak berasaskan anime ini. Ianya akan mula dijual pada 9 November 2020.

Anda boleh melihat keempat-empat jenis corak yang berinspirasikan anime yang digemari ramai ini.

Siri baru ini akan dijual secara dalam talian untuk cawangan tertentu. Terdapat beberapa cawangan yang mula menjualnya pada 10 November seperti Aeon Mall Ipoh Klebang, Aeon Mall Bandar Dato’ Onn, cawangan UNIQLO di Sky Avenue, Berjaya Times Square, Sunway Velocity dan NU Sentral.

Untuk pengetahuan anda, anda hanya boleh membeli satu bag untuk setiap jenis dan setiap individu hanya boleh membeli maksimum dua bag sahaja. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menantikannya di laman web rasmi UNIQLO.

Adakah anda peminat Demon Slayer? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version