Site icon TechNave BM

Unisoc lancarkan siri cip Tanggula 5G untuk bersaing dengan siri Snapdragon 800

Unisoc adalah sebuah syarikat semikonduktor dari China yang tidak begitu terkenal dalam industri telefon pintar kerana cipsetnya jarang dilengkapi dalam kebanyakan telefon pintar. Sungguh pun begitu, mereka merancang untuk meningkatkan reputasi dalam industri telefon dengan pelancaran siri cipset baru Tanggula 5G.

Siri cipset tersebut terdiri daripada T770, T760 dan T740 di mana T770 adalah varian tercanggih, dengan fungsi kelas andalan seperti sokongan kamera sehingga 108MP, kadar segar semula skrin 120Hz dengan resolusi Full HD+, rangkaian 5G dan kuasa pengkomputeran 4.8 TOPS. Ia dihasilkan dengan proses EUV 6nm, membuatkannya setara dengan cipset andalan Dimensity.

Ketiga-tiga cipset bakal menyokong rangkaian 5G. Namanya diambil daripada pergunungan Tanggula di China yang membekalkan sumber air kepada sungai Yangtze.

Setakat ini, hanya telefon Nokia sahaja yang dilengkapi cipset Unisoc dan kita mungkin boleh jangkakan lebih banyak jenama telefon untuk menggunakannya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Unisoc

Exit mobile version