Site icon TechNave BM

Unit Samsung Galaxy S20 Plus Cosmic Black untuk pra-tempahan habis dijual dalam masa sehari

Baru sahaja Samsung membuka pra-tempahan untuk siri Samsung Galaxy S20, kini S20+ dalam pilihan warna Cosmic Black telah habis dijual. Apa pun, anda masih boleh mendapatkan S20+ dalam pilihan warna Cloud Blue dan Cosmic Gray.

Sepintas lalu, siri Galaxy S20 hadir dengan Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra. Anda boleh memilih siri Galaxy S20 mengikut spesifikasi dan ciri teknologi yang anda inginkan. Mungkin S20+ terjual kerana spesifikasinya yang sudah memuaskan hati peminat seiring dengan harganya. Untuk anda yang masih tidak tahu, harga pra-tempahan S20+ adalah RM3,999.

Untuk membuat pra-tempahan bagi S20+ dengan warna Cloud Blue atau Cosmic Gray, anda boleh klik pada capaian ini atau baca artikel pra-tempahan yang telah disediakan. Adakah anda salah seorang yang menempah Galaxy S20+? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version