Site icon TechNave BM

Untuk ganti ketiadaan MWC, beberapa syarikat telefon pintar akan anjurkan acara mereka sendiri

Pelbagai telefon pintar menarik yang sepatutnya diumumkan dalam Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) pada akhir bulan ini tidak dapat diumumkan kerana pembatalan kongres tersebut. Jadi untuk menggantikan pembatalan MWC, beberapa syarikat elektronik akan menganjurkan acara mereka sendiri untuk melancarkan peranti-peranti mereka.

Sony akan melancarkan Xperia 1.1 dan Xperia 5 Plus dalam sebuah siaran langsung di saluran YouTube Sony Xperia pada 24 Februari jam 8.30 pagi CET (3.30 petang waktu Malaysia). Kedua-dua telefon ini adalah telefon 5G pertama daripada Sony dan ia dijangkakan akan mempunyai sensor kamera 64MP dan rakaman HDR 8K.

realme juga akan mengadakan sebuah acara dalam talian di Madrid, Sepanyol pada 24 Februari untuk mengumumkan telefon flagship-nya, X50 Pro 5G. Telefon yang mempunyai paparan 90Hz dan pengecasan 65W itu adalah antara telefon yang amat dinanti-nantikan dalam MWC tetapi kini ia akan diumumkan dalam acara dalam talian sahaja.

Xiaomi pula sudah pun melancarkan Mi 10 dan Mi 10 Pro di China tetapi perancangannya untuk pelancaran antarabangsa di MWC kini terpaksa ditangguh kepada tarikh yang belum ditetapkan.

Syarikat-syarikat lain pula masih belum memberikan tarikh untuk menggantikan ketiadaan mereka di MWC. Kongsi di Facebook kami telefon apakah yang anda ingin lihat daripada jadual MWC asal dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version