Site icon TechNave BM

Untung bersih Astro turun kepada RM5.8 juta pada suku ketiga 2022

Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Okt 2022 telah menurun kepada RM5.8 juta atau sebanyak 97.1 peratus berbanding RM105.92 juta yang dicapai pada suku yang sama tahun lepas. Hasil dicatatkan pada RM926.18 juta iaitu penurunan 9.4 peratus daripada RM1.02 bilion.

Hasil yang lebih rendah dipengaruhi terutamanya oleh pengurangan jumlah langganan dan jualan barangan diimbangi oleh peningkatan dalam kos pengiklanan. Penurunan keuntungan bersih adalah disebabkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi kesan daripada forex yang tidak direalisasi daripada liabiliti pajakan kewangan yang tidak dilindungi.

Tambahahan, kejatuhan dalam pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) diimbangi oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata pada masa hadapan, syarikat akan terus melabur dalam transformasi untuk pertumbuhan jangka panjang dan mampan.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih turun 38.9 peratus kepada RM204.29 juta daripada RM334.29 juta berbanding tahun lalu. Hasil bagi tempoh itu turun 10.6 peratus kepada RM2.81 bilion berbanding RM3.14 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Astro akan memfokuskan pada kandungan, jalur lebar, penstriman, pengalaman pelanggan, data dan teknologi untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Sementara itu, lembaga telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 0.75 sen sesaham.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version