Site icon TechNave BM

AS haramkan beberapa perisa vape

Mereka yang gemar menghisap vape mungkin akan merasa resah tentang satu undang-undang yang baru diluluskan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) negara itu memutuskan untuk mengharamkan semua produk vape berasaskan kartrij yang mempunyai perisa pudina dan buah-buahan.

Larangan ini bertujuan untuk membendung gejala vape yang semakin menular di kalangan remaja negara itu dan syarikat yang terkesan oleh undang-undang baharu ini diberikan masa 30 hari untuk mematuhinya. 

Namun, perlu diketahui bahawa hanya vape berasaskan kartrij yang akan terjejas, kerana menurut FDA vape jenis ini yang mudah diperoleh dan disorok oleh golongan remaja. Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia Alex Azar mengatakan negara itu tidak pernah menyaksikan sebuah masalah seteruk penularan gejala vaping di kalangan remajanya.

Adakah anda merasakan pihak berkuasa di Malaysia akan menguatkuasakan undang-undang yang serupa? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version