Site icon TechNave BM

Usah berharap, iPhone tidak akan hadir dengan Touch ID, port USB-C buat masa ini

Jika anda peka dengan industri telefon pintar, khususnya produk Apple, berita atau ura-ura mengenai peranti yang akan datang biasanya hadir melalui penganalisis atau pengulas teknologi terkenal. Terkini, penganalisis mendedahkan bahawa iPhone tidak akan hadir dengan Touch ID atau port USB-C dalam waktu terdekat.

Menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, tinjauan memperlihatkan tiada bukti untuk Apple mengaplikasikan kedua-dua teknologi ini ke atas iPhone terbaru. Pengguna sememangnya mengharapkan port USB-C, namun kehadirannya bakal menjejaskan keuntungan program Made for iPhone (MFi) dari Apple.

Tambahan pula, Kuo percaya bahawa keupayaan tahan air USB-C adalah lebih rendah daripada ciri Lightning atau MagSafe. Jadi, jika Apple ingin menggantikan Lightning, ia mungkin menggantikannya dengan MagSafe yang menjadikan iPhone sebagai peranti tanpa port, bukan dengan USB-C.

Untuk Touch ID pula, Kuo percaya bahawa iPhone akan menaik taraf pengalaman dengan Touch ID, namun bukan untuk masa terdekat ini kerana tiada bukti Apple bakal mengaplikasikan ciri baru ini pada iPhone seterusnya.

Anda boleh menyemak berita-berita lepas mengenai iPhone termasuklah mengenai iPhone 13 yang dilapor bakal memiliki kamera ultra lebar lebih baik dan storan sehingga 1TB.

Kongsi pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook atau Twitter dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple Insider

Gambar dari Everything Apple Pro

Exit mobile version