Site icon TechNave BM

Usah gelojoh beli PS5, CEO Sony jelas prestasi ‘game’ PS5 sebenar hanya boleh dilihat pada 2022

Jika anda masih tidak tahu adakah ini masa yang sesuai untuk mendapatkan PlayStation 5 (PS5), berita ini mungkin memberi sedikit bayangan kepada anda. Menurut CEO dan Presiden Sony Interactive Entertainment Jim Ryan, prestasi game sebenar yang menampakkan kuasa PS5 tidak akan dilihat sehingga sekitar tahun 2022.

Menurut beliau, keupayaan sebenar PS5 mungkin dapat dilihat dalam masa beberapa tahun lagi. Perkara ini bukan perkara asing memandangkan PS4 juga hanya memperlihat keupayaan sebenar pada tahun 2015.

Perkara ini telah dinyatakan melalui temubual di antara TASS dengan Jim Ryan semalam. Tambah beliau, walaupun PS5 dilancar ketika musim pandemik COVID-19, ia tidak memberi kesan kepada produk melainkan hanya cara ia dipasarkan sahaja berbeza.

Melalui apa yang dinyatakan, mungkin tidak mengapa jika anda masih menabung untuk mendapatkan PS5 atau tidak mengapa jika anda tidak sempat membuat pra-tempah.

Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai fenomena PS5 di Malaysia disini!

Sumber: TASS melalui PSU

Exit mobile version