Site icon TechNave BM

Usah pening-pening: kini Microsoft Word, Excel dan Powerpoint untuk Android hadir dalam satu aplikasi

Selepas tempoh percubaan selama tiga bulan, aplikasi Microsoft Office yang baru untuk telefon pintar kini sudah boleh dimuat turun oleh orang awam. Aplikasi tersebut kini menggabungkan tiga perisian Office di dalam sebuah pakej mudah.

Jika sebelum ini Word, Powerpoint dan Excel masing-masing ialah aplikasi yang berasingan, kini ketiga-tiga perisian itu digabungkan dalam sebuah aplikasi Microsoft Office yang berkapasiti 400MB. Ia juga akan dilengkapi Office Lens untuk mengimbas dokumen dan disepadukan dengan OneDrive untuk simpanan dalam cloud.

Anda kini boleh menaip dokumen, spreadsheet, slaid pembentangan dan nota, mengimbas dokumen, menandatangan PDF serta menukar imej atau dokumen kepada PDF hanya dalam satu aplikasi.

Aplikasi Microsoft Office ini boleh dipasang ke dalam telefon yang mempunyai Android 6.0 dan ke atas. Beritahu kami di Facebook jika ini meningkatkan produktiviti kerja anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version