Site icon TechNave BM

Usaha melawan Covid-19, murid sekolah mencipta robot dispenser ‘hand sanitizer’ menggunakan Lego

Jika anda masih tidak tahu, sebenarnya dispenser pensanitasi tangan (hand sanitizer) di tempat awam juga perlu disanitasikan. Tidakkah anda curiga tentang kebersihan dispenser tersebut, terutama yang digunakan oleh orang ramai?

Terkini, murid-murid sekolah di bandar Taiwan Kaohsiung telah mencipta satu inovasi yang tidak pernah difikirkan oleh kita selama ini untuk melawan Covid-19 – Dispenser pensanitasi automatik yang dibina daripada Lego!

Robot dispenser tersebut berfungsi dengan mengesan tangan menggunakan sensor ultrasonik dan mengeluarkan pensanitasi tangan dengan mekanisme motor dan roda gear.

Sebenarnya, sekolah tersebut telah menjadi wakil kepada Taiwan dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa dan telah memenangi beberapa pertandingan yang melibatkan robotik. Inovasi murid-murid ini didorong oleh guru yang inginkan murid untuk berupaya menyelesaikan masalah seperti api, pencemaran udara dan sebagainya.

Mungkin hal ini boleh menjadi inspirasi kepada pelajar di Malaysia untuk terus mencipta pelbagai inovasi. Adakah anda mempunyai idea inovatif menarik? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MalayMail

Exit mobile version