Site icon TechNave BM

Vaksin COVID-19 mungkin siap dalam masa setahun, ubat rawat COVID-19 masih dalam kajian

Terkini, sumber melaporkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian mengenai ubat Tocilizumab bersama sebuah universiti tempatan, yang dipercayai boleh merawat COVID-19.

Memetik daripada sumber, ubat Tocilizumab ini dipasarkan dengan jenama Actemra. Kajian terhadap Tocilizumab sebelum ini adalah sebagai ubat penawar bagi radang sendi atau artritis rheumatoid. Kini, kajian bakal tertumpu kepada perbandingan Tocilizumab secara intravena dengan dos tinggi corticosteroid kepada 300 pesakit teruk COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kajian ini mungkin sedang dijalankan di empat hospital. Tambah beliau, penghasilan vaksin COVID-19 juga masih dalam penyelidikan dan dijangka untuk siap dalam tempoh setahun. Selain itu, terdapat banyak kajian telah dilakukan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pertubuhan lain juga untuk vaksin COVID-19.

Sementara penawar COVID-19 sedang dicari, kami menyarankan agar anda kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk memutuskan rangkaian penularan COVID-19. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version