Site icon TechNave BM

VALORANT dilancarkan secara rasmi, boleh dimainkan secara percuma

Game first-person shooter (FPS) oleh Riot Games, VALORANT, akhirnya telah dilancarkan secara rasmi semalam untuk platform PC dan boleh dimainkan secara percuma. VALORANT adalah sebuah FPS unik yang menggabungkan unsur berpasukan dalam Counter-Strike dengan corak permainan berdasarkan kuasa watak-watak unik (digelar Duelists) seperti Overwatch.

Sejak ia diumumkan oleh Riot Games pada Mac lalu, VALORANT semakin mendapat tempat di kalangan gamers PC apabila sebarang siaran langsung (streaming) tentang ujian beta game tersebut mendapat tontonan yang amat tinggi di Twitch. Malah ia sering menjadi game yang paling banyak ditonton dalam laman siaran tersebut.

Jika anda berminat untuk mencuba VALORANT, anda boleh lawati laman web rasmi untuk memuat turunnya secara percuma. Selain corak permainan yang menarik, VALORANT juga tidak memerlukan spesifikasi PC yang tinggi jadi anda boleh memainkannya walaupun dengan PC yang ala kadar sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda sudah mencuba VALORANT dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version